suria

Pelajar Perempuan Islam Wajib Sertai Kelas Renang Campuran Di Switzerland

GAMBAR HIASAN

BASEL: Sebuah mahkamah Eropah menetapkan bahawa kanak-kanak perempuan Islam perlu menyertai kelas renang di sekolah walaupun terpaksa bercampur dengan pelajar lelaki.

Keputusan itu oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) yang menolak rayuan pasangan ibu bapa kelahiran Turki-Switzerland yang memohon agar anak perempuan mereka dikecualikan daripada aktiviti tersebut.

Rayuan berkenaan dikemukakan selepas mahkamah di Switzerland menetapkan bahawa kanak-kanak sekolah wajib menyertai aktiviti kelas renang tanpa melibatkan soal pegangan agama.

"Sekolah memainkan peranan khas untuk proses integrasi sosial terutamanya melibatkan pelajar berketurunan asing.

"Kelas renang bukan sahaja untuk belajar berenang tetapi melibatkan semua pelajar dalam aktiviti tersebut untuk bergaul antara satu sama lain," jelas ECHR.

Bagaimanapun ECHR menjelaskan, rundingan lanjut dengan keluarga terbabit telah diadakan dan pihak mahkamah membenarkan kanak-kanak itu memakai burkini iaitu pakaian renang khas untuk orang Islam menutup aurat ketika berenang.

Mahkamah menetapkan denda sebanyak AS$1,380 kepada keluarga pelajar itu kerana enggan mematuhi arahan pihak sekolah yang mewajibkan anak mereka menyertai kelas renang.

"Denda tersebut sebagai peringatan kepada golongan ibu bapa agar menghantar anak mereka ke kelas wajib yang tidak melibatkan kepentingan lain, sebaliknya demi menjayakan program sosial dan integrasi," tambah ECHR.

Pada Mei, Switzerland menetapkan peraturan bahawa pelajar enggan berjabat tangan dengan guru masing-masing semasa awal dan akhir sesi pembelajaran, ibu bapa boldh dikenakan denda sehingga AS$5,000.

Artikel Lain