UAE Kuat Kuasa Larangan Bela Haiwan Eksotik - Dunia | mStar

UAE Kuat Kuasa Larangan Bela Haiwan Eksotik

DUBAI: Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menguatkuasakan undang-undang baharu yang melarang rakyatnya menyimpan hidupan liar dan eksotik sebagai haiwan peliharaan.

Menurut laporan media tempatan, Gulf News, peraturan tersebut dilaksanakan selepas segelintir rakyat negara itu terutamanya golongan kaya memelihara hidupan liar dan membawa haiwan tersebut ke tempat awam.

Pada Oktober lalu, seorang lelaki dirakam membawa lima ekor harimau di kawasan pantai berdekatan bangunan ikonik Dubai, Burj Al-Arab dan menjadi viral dalam laman media sosial.

Selain itu, ada juga pihak merakamkan tindakan seorang lelaki lain memandu kereta bersama beberapa ekor singa.

Gulf News menjelaskan, undang-undang baharu itu melarang sebarang urusan pembelian atau pemilikan kesemua jenis hidupan liar dan haiwan terancam.

Haiwan liar seperti harimau bintang sering menjadi binatang peliharaan di UAE dan negara Arab lain sebagai simbol status kekayaan selain dibawa ke tempat umum oleh pemiliknya.

Namun berdasarkan peraturan tersebut, haiwan berkenaan kini hanya boleh ditempatkan di zoo, taman hidupan liar, sarkas, pusat penternakan atau kajian.

"Mana-mana individu yang didapati membawa harimau bintang atau sebarang haiwan eksotik di tempat awam berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga 500,000 dirham (RM611,215)," jelas laporan itu.

Sementara itu, akhbar harian Al-Ittihad melaporkan, pihak yang didapati menggunakan haiwan terbabit untuk menakutkan orang lain turut dikenakan hukuman penjara dan denda sehingga 700,000 dirham (RM855,702).

Langkah tersebut dialu-alukan oleh aktivis haiwan dari Pusat Kebajikan Haiwan Antarabangsa di Dubai, El Sayed Mohamed yang menyifatkan tindakan UAE itu perlu dicontohi oleh negara Arab lain.

Peraturan baharu itu juga mengenakan syarat yang lebih ketat untuk hobi memelihara haiwan.

Pemilik anjing perlu mendapatkan permit dan memastikan haiwan itu diikat menggunakan rantai leher apabila berada di tempat awam.

Kegagalan pemilik untuk berbuat demikian akan dikenakan denda sehingga 100,000 dirham (RM122,243).

Emiriyah Arab Bersatu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain