suria

Wanita Australia Cemas Ular Berbisa Muncul Ketika Memandu

SYDNEY: Seorang wanita di Australia merakamkan detik-detik mengerikan seekor ular berbisa yang tiba-tiba muncul dari bonet depan kereta yang sedang dipandunya.

Menurut laporan Mail Online, kejadian itu berlaku ketika wanita terbabit, Sally Grundy dalam perjalanan dari Adelaide ke Mundoo Island Station di Australia Selatan pada Selasa.

Ekoran bimbang reptilia itu memasuki bahagian dalam kereta, wanita berusia 48 tahun tersebut mengambil keputusan untuk berhenti di tepi jalan.


"Amat menakutkan apabila melihat ular tersebut muncul di depan saya.

"Reptilia itu tidak mahu keluar daripada bahagian enjin kereta menyebabkan saya terpaksa meninggalkan kereta tersebut di kawasan ladang milik saya," katanya.

Walaupun telah meninggalkan kereta itu semalaman, ular berkenaan masih bersarang di bahagian enji keretanya dan terpaksa meminta bantuan untuk menghalau reptilia tersebut.

Ular, Bonet Kereta

Artikel Berikut

Artikel Lain