suria

Indonesia Gantung Kerjasama Ketenteraan Dengan Australia

JAKARTA: Indonesia menggantung semua kerjasama ketenteraan dengan Australia berkuatkuasa serta-merta, keputusan yang dipercayai ada kaitan dengan penghinaan peralatan tentera yang dipamerkan di pangkalan Pasukan Khas Australia.

Jurucakap tentera tentera Indonesia, Mejar Jeneral Wuryanto bagaimanapun berkata, penggantungan itu dibuat atas sebab teknikal dan merupakan perkara biasa jika melibatkan kerjasama antara pasukan keselamatan kedua-dua negara.

Portal berita ABD difahamkan, unit Pasukan Khas Indinesia, Kopassus kini berada di pangkalan tentera di Perth untuk menjalani latihan bersama Pasukan Khas Udara Australia.

Menurut laporan portal berita Kompas, seorang jurulatih Kopassus berasa terhina dengan produk tentera yang dipamerkan di kemudahan kententeraan Australia itu.

Bahan yang dipamerkan itu dikatakan menghina prinsip asas Indonesia, Pancasila.

Selain itu, Kompas melaporkan, kejadian itu susulan satu lagi insiden berlaku sebelum ini apabila seorang anggota Kopassus mendapati latihan yang diajar oleh Pasukan Khas Australia dilihat seolah-oleh menghina tentera Indonesia.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tempoh penggantungan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara itu.

Indonesia dan Australia dijadualkan menjalani latihan tentera laut bersama pada bulan depan.

Pada 2013, Jakarta mengambil langkah sama susulan pendedahan Australia terlibat dalam skandal pengintipan telefon pemimpin Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ketika beliau bergelar sebagai Presiden.

Indonesia, Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain