suria

Militan Serang Penjara Di Selatan Filipina, 150 Banduan Lolos

GAMBAR fail bertarikh 27 April 2016 menunjukkan anggota polis dan tentera Filipina melancarkan gerakan memburu militan Abu Sayyaf di selatan negara itu. - EPA

MANILA: Lebih 150 banduan meloloskan diri dari sebuah penjara di selatan Filipina selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang pusat tahanan tersebut pada awal pagi Rabu.

Serangan yang dipercayai didalangi kumpulan militan Abu Sayyaf turut meragut nyawa seorang pengawal penjara.

Kejadian berkenaan berlaku di Penjara Daerah Catabato Utara dekat bandar Kidapawan di kepulauan Mindanao.

Pihak berkuasa penjara berkata, banduan meloloskan diri selepas pasukan pengawal bertempur dengan kumpulan penyerang terbabit.

Warden penjara, Peter Bonggat berkata, banduan menyusun katil menjadi tinggi sebelum memanjat keluar tembok.

"Serangan ini dipercayai usaha kumpulan militan untuk membebaskan anggota mereka yang ditempatkan di penjara ini," katanya.

Pasukan tentera dan polis Filipina telah melancarkan gerakan memburu secara besar-besaran bagi menangkap semula banduan yang terlepas.

Filipina, Abu Sayyaf

Artikel Berikut

Artikel Lain