suria

Korea Utara Tidak Mampu Serang AS- Trump

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yakin Korea Utara tidak mampu melancarkan serangan nuklear ke negara itu, sehari selepas Pyongyang mendakwa akan menjalankan ujian peluruh berpandu balistik jarak jauh (ICBM) dalam tempoh terdekat.

Trump yang masih belum menyatakan pendiriannya terhadap program senjata nuklear Korea Utara, turut menyelar kegagalan China untuk mengekang Pyongyang memenuhi impian memiliki senjata pemusnah.

"Korea Utara mendakwa berada pada tahap terakhir pembangunan senjata berkuasa nuklear yang mampu mencapai jarak sehinga ke AS. Perkara itu tidak akan berlaku.

"China meraih kekayaan hasil perdagangan dengan AS tetapi tidak membantu dalam isu melibatkan Korea Utara. Bagus.," kata Trump menerusi kenyataan dalam laman sosial Twitter.

Berdasarkanya kenyataan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un pada ucapan tahun baharu, beliau dilihat cuba memberi tekanan kepada Trump menjelang peralihan kuasa Presiden pada 20 Januari depan.

Dalam ucapan tersebut, Jong-un mendakwa Pyongyang berada pada tahap terakhir untuk menjalankan ujian peluru berpandu ICBM yang mampu membawa peledak nuklear.

"Korea Utara bangkit menjadi negara berkuasa nuklear dan merupakan kuasa tentera di timur yang tidak mampu disentuh oleh musuhnya.

Pada tahun lalu, Korea Utara menjalankan dua ujian nuklear dan kira-kira 20 ujian peluru berpandu jarak jauh yang mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

Tindakan Pyongyang itu juga mengundang tindakan lebih ketat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengenakan lebih banyak sekatan terhadap negara tersebut.

Artikel Lain