suria

Korea Utara Sedia Lancar Ujian Peluru Berpandu

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un memberi bayangan bahawa beliau akan "menyambut" ketibaan tahun baharu 2017 dengan menjalankan ujian peluru berpandu jarak jauh dalam tempoh terdekat.

Dalam ucapan tahun baharunya, Jong-un berkata, selepas menjalankan ujian bom hidrogen yang pertama pada awal tahun lalu, persediaan untuk melancarkan peluru balistik jarak jauh yang kini mencapai peringkat terakhir.

Jong-un tidak menyatakan bila ujian itu akan dijalankan tetapi berkemungkinan besar pelancaran tersebut diadakan sempena hari lahir beliau pada 8 Januari depan.

Selain itu, Jong-un turut mengancam untuk meningkatkan keupayaan tentera Korea Utara sekiranya Amerika Syarikat (AS) masih enggan menghentikan latihan ketenteraan dengan Korea Selatan.

Bagaimanapun beliau berkata, usaha untuk mengelak satu lagi perang Korea tetap diusahakan selain menekankan kepentingan meningkatkan taraf ekonomi Korea Utara mengikut pelan lima tahun yang diumumkan pada Mei lalu.

"Kedudukan ketenteran dan politik mengikut acuan sosialis perlu dikukuhkan untuk menjadikan negara ini kuat.

"Kita perlu bertindak tegas ke atas musuh bagi memastikan sebarang anasir luar yang cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat negara ini tidak terjejas," katanya.

Kim Jong-un

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain