suria

Suami Merajuk Enggan Berbual Dengan Isteri Selama 20 Tahun

TOKYO: Bagi kebanyakan pasangan hidup sebagai suami isteri, sikap berdiam diri dalam tempoh tertentu menjadi kebiasaan setiap kali berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

Namun bagi pasangan suami isteri di Jepun, mereka tidak bercakap sesama sendiri selama 20 tahun walaupun meneruskan hidup sebagai sebuah keluarga.

Si suami, Otou Katayama dari Nara, selatan Jepun, terus tinggal bersama tiga anak dan isterinya, Yumi yang cuba berkomunikasi dengan pasangannya itu tetapi usahanya itu tidak berjaya.

Katayama sekadar membalas dengan anggukan kepala isyarat atau mendengus apabila isterinya cuba berbual dengannya sepanjang tempoh 20 tahun.

Detik indah ketika perkahwinan antara Katayama dan Yumi.

Situasi yang dialami oleh pasangan tersebut didedahkan sendiri oleh anak lelaki mereka, Yoshiki, 18, yang meminta bantuan sebuah rancangan televisyen Jepun untuk membetulkan keadaan.

Pihak stesen televisyen Hokkaido berkenaan bersetuju untuk membantu mereka serta mengatur satu pertemuan antara Katayama dan Yumi di taman yang merupakan lokasi pertama mereka berdua bertemu.

Malah anak-anak mereka bersembunyi dan memerhatikan gelagat ibu bapa mereka dari jauh.

"Sudah lama kita tidak berbual.

"Awak terlalu bimbang tentang anak-anak.

"Yumi, sehingga kini, anak telah melalui masa yang sukar.

"Saya mahu tahu awak bahawa saya sangat bersyukur dengan keluarga kita," kata Katayama yang akhirnya bersuara untuk berbual dengan isterinya.

Anak-anak Katayama dan Yumi tidak mampu menahan sebak apabila mendengar ibu bapa mereka akhirnya berbual selepas 20 tahun mendiamkan diri.

Katayama menjelaskan, dia sebenarnya cemburu dengan perhatian yang berikan oleh Yumi terhadap anak-anak mereka.

"Saya cemburu tentang itu.

"Malah tidak guna menyesal jika dikenang kembali," katanya.

Otou Katayama, Yumi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain