suria

Lelaki Bogel Dalam Bas Ditahan

Lelaki berbogel ditahan dua anggota polis di Sekang di Singapura. Foto Stomp.com.sg

SINGAPURA: Seorang lelaki ditahan dari sebuah bas kerana berbogel di Sengkang di sini, petang Jumaat.

The Straits Times difahamkan bas tersebut berhampiran dengan balai polis. 

Laman web Stomp pada Sabtu melaporkan bahawa insiden berkenaan berlaku pada pukul 2 petang di Sekang East Way.

Seorang penyumbang memberitahu laman web itu bahawa dia melihat seorang lelaki berbogel cuba menendang pintu bas bernombor 159.

Dia kemudiannya bergegas ke balai polis bagi mendapatkan bantuan.

"Anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan membawa keluar lelaki itu dari dalam bas," katanya.

Menerusi video yang diberikan kepada Stomp, lelaki bogel itu dilihat keluar dari bas sambil diiringi dua anggota polis.

Mereka yang didapati bersalah kerana beraksi bogel di tempat awam, atau kawasan persendirian yang boleh dilihat orang luar, boleh dikenakan denda sehingga S$2,000 (RM6,194) atau penjara sehingga tiga bulan. – The Straits Times/Asia News Network

Artikel Berikut

Artikel Lain