suria

Larangan Berhubung Selepas Waktu Kerja Berkuatkuasa Di Perancis

GAMBAR HIASAN

PARIS: Rakyat Perancis boleh menarik nafas lega apabila kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang melarang majikan menghubungi pekerja selepas waktu kerja bermula 1 Januari depan.

Berdasarkan undang-undang terbabit, pekerja di negara itu mempunyai hak untuk mengabaikan emel atau panggilan selepas waktu kerja.

Selain itu, bermula 2017, semua syarikat di Perancis dikehendaki berundingan dengan staf berkenaan jaminan "hak untuk tidak terhubung’ kepada pekerja masing-masing kerajaan menangani masalah pekerja terikat dengan tugas selepas waktu pejabat.

Selain itu, satu undang-undang pengambilan pekerja baharu akan dikuatkuasakan untuk memastikan setiap organisasi yang mempunyai lebih 50 pekerja, supaya memulakan rundingan bagi menentukan hak pekerja mengabaikan komunikasi berkaitan hal pejabat selepas waktu kerja.

Penggunaan gajet digital yang berlebihan didapati menjadi punca pekerja keletihan dan kurang tidur termasuk mengundang masalah hubungan semasa staf selain ramai pekerja tidak pasti waktu yang sesuai untuk mengabaikan gajet mereka.

Langkah itu diambil bagi mengatasi budaya kerja 'sentiasa bersedia' yang mengundang peningkatan tambahan waktu kerja yang tidak dibayar serta membuatkan pekerja untuk bertugas di luar pejabat.

“Terdapat jangkaan bahawa syarikat-syarikat akan menganggap "hak untuk tidak berhubung ini" sebagai langkah perlindungan (kepada pekerja).

“Pada masa yang sama, pekerja juga tidak mahu hilang autonomi dan fleksibiliti yang ditawarkan melalui penggunaan gajet mereka,” jelas pengarah kumpulan kajian Aristat, Xavier Zunigo terlibat dalam tinjaun terhadap isu itu pada Oktober lalu.

Di bawah undang-undang baharu, syarikat perlu patuh untuk membuat rundingan dengan pekerja tentang hak mereka untuk memadamkan telefon dan kaedah mengurangkan gangguan dalam kehidupan peribadi.

Jika sesuatu persetujuan tidak dapat dicapai, syarikat perlu menyiarkan piagam yang jelas menunjukkan permintaan dan hak pekerja di luar waktu kerja.

Kesatuan sekerja di Perancis dan beberapa media haluan kiri negara itu menyatakan bahawa undang-undang itu diperlukan kerana ‘pekerja sering dinilai atas komitmen kepada syarikat dan kesediaan mereka’.

Beberapa syarikat besar seperti Volkswagen dan Daimler di Jerman atau syarikat kuasa nuklear Areva serta syarikat insurans Axa di Perancis telah mengambil langkah membataskan panggilan telefon atau pesanan ringkas selepas waktu kerja bagi mengelakkan pekerja mereka keletihan.

Antara langkah yang telah diambil termasuk mengekang penghantaran e-mel bermula waktu pulang kerja dan hujung minggu; ataupun menghapuskan terus e-mel itu jika dihantar pada pekerja yang sedang bercuti. - AFP

Larangan, Perancis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Bogel Dalam Bas Ditahan

Artikel Lain