suria

Aplikasi Turn Hoax Back Untuk Kesan Berita Palsu

PASTI ramai sudah bosan dengan penyebaran berita palsu dalam laman sosial masing-masing dan tidak tahu cara untuk mengesahkan laporan itu dengan lebih pantas.

Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana satu aplikasi khas dihasilkan untuk mengumpulkan maklumat dan berita palsu yang tersebar di dalam Internet.

Dikenali sebagai Turn Back Hoax, aplikasi berkenaan merupakan ciri tambahan untuk enjin carian Google Chrome yang memudahkan pengguna untuk mendaftar masuk menggunakan akaun Facebook sebelum mereka boleh melaporkan berita yang diragui.

Malah terdapat tiga kategori untuk setiap laporan itu laman web, mesej berantai dan gambar yang sering beredar di dalam laman sosial.

Kesemua maklumat yang diberikan akan dikumpulkan dalam aplikasi laman web Turn Back Hoax untuk rujukan pengguna lain.

Tujuan utama aplikasi itu diwujudkan bagi memudahkan pengguna mendapatkan pengesahan tentang sebarang berita yang tersebar.

Aplikasi Turn Back Hoax di telefon pintar akan dilancarkan untuk pengguna Android dan iOS dalam tempoh terdekat.

Turn Back Hoax

Artikel Lain