suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Didakwa Bunuh Penyelia Pembersihan

SINGAPURA: Lelaki warga Malaysia berusia 23 tahun pada Rabu didakwa atas pertuduhan membunuh seorang penyelia pembersihan di Terminal Feri Tanah Merah di sini bulan lalu.

Ahmad Muin Yaacob didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian rakan sekerjanya, Maimunah Awang, 54, di Terminal Feri Tanah Merah antara pukul 9 pagi dan 1 tengah hari pada 24 November lalu.

Muin ditahan oleh polis Malaysia pada 18 Disember selepas waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Negeri.

Dia kemudian diserahkan kepada polis Singapura keesokan harinya.

Mayat Maimunah ditemui di dalam longkang sedalam dua meter di terminal tersebut yang terletak di belakang sub stesen berhampiran kawasan rehat mangsa.

Barang kemas yang sering digunakan mangsa juga hilang.

Muin direman selama seminggu untuk membantu siasatan.

Kes itu akan disebut semula pada 28 Disember ini.

Jika disabitkan dengan kesalahan membunuh, Muin berdepan hukuman mati.

Artikel Lain