suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Perempuan Maut Dimakan Tikus Gergasi

Tikus bersaiz gergasi merupakan perkara biasa di Afrika Selatan dan mampu membunuh bayi kecil. - GAMBAR HIASAN

JOHANNESBURG: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut selepas dimakan hidup-hidup oleh seekor tikus gergasi selepas mangsa ditinggalkan ibunya seorang diri di rumah.

Menurut laporan Mail Online, kejadian itu berlaku di pekan Kathelong dekat ibu negara Afrika Selatan apabila ibu mangsa yang baru pulang dari menghadiri parti menyedari anaknya mati akibat dimakan tikus.

Insiden itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menggesa ibu berusia 26 tahun tersebut dipenjara dan kini wanita terbabit ditahan pihak polis atas tuduhan berlaku cuai dalam menjaga anak.

Bagaimanapun kembar mangsa yang merupakan bayi lelaki terselamat daripada menjadi mangsa bahaman tikus tersebut kerana ibunya turut membawa dia bersama ke parti berkenaan.

Mengulas tentang kejadian tersebut, seorang jiran wanita itu berkata, bayi perempuan berkenaan mungkin mati dalam keadaan yang amat menyakitkan.

"Lidah, mata dan jari bayi itu habis dimakan oleh tikus.

"Selain itu, badan mangsa juga penuh dengan kesan digigit tikus. Ibu mangsa wajar dipenjarakan dan dia tidak layak menjadi seorang ibu," kata jiran berkenaan yang enggan dikenali.

Pegawai polis Kathelong, Kapten Mega Noble mengesahkan penahanan wanita tersebut yang dipercayai keluar berparti ketika kejadian dan meninggalkan anaknya seorang diri.

"Saya juga mengesahkan bayi perempuan itu maut akibat dimakan tikus dan ibu mangsa akan didakwa di mahkamah pada tahun depan," katanya.

Sumber berita: Mail Online

Afrika Selatan, Tikus Gergasi

Artikel Berikut

Artikel Lain