suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sidang Media Terakhir Obama Hari Ini

BARACK Obama dijadual mengadakan sidang media terakhirnya selaku Presiden Amerika Syarikat di White House beberapa jam lagi.

Mengikut perancangan, Obama akan mula berucap pada pukul 2.15 petang (waktu tempatan) Jumaat.

Jurucakap White House berkata, acara itu akan berlaku sebelum Obama dan keluarganya bercuti di Hawaii.

"Presiden Obama dijangka menyampaikan nasihatnya kepada bakal presiden Donald Trump.

"Selain itu, beliau juga akan menyentuh isu berhubung campur tangan Rusia terhadap pilihan raya presiden yang didedahkan baru-baru ini," katanya.

Sidang media itu akan disiarkan secara langsung menerusi press room White House.

Tempoh pentadbiran Obama bakal berakhir apabila menyerahkan kuasa presiden kepada Trump secara rasmi pada 20 Januari depan.

Trump, calon Parti Republikan menewaskan pencabarnya Hillary Clinton (Parti Demokrat) pada Pilihan Raya Presiden AS.

Obama, White House

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain