suria

Blogger Kecantikan Maut Akibat Renjatan Elektrik Pemanas Air Pancuran Mandi

JAKARTA: Kematian blogger kecantikan, Rini Cesillia, 26, disyaki berpunca daripada renjatan elektrik dari pemanas air pancuran hujan di bilik mandinya pecah, kata polis Denpasar Selatan.

Air yang mengalir bersama arus elektrik melalui saluran paip itu telah mengakibatkan Rini terkorban.

Ketua Polis Komisioner Kanan Aris Purwanto berkata, pasukannya yang dibantu oleh pegawai-pegawai dari syarikat utiliti negeri, PLN sedang menyiasat masalah berkaitan pemanas air itu.

"Mangsa mati akibat pemanas air pecah," kata Aris yang dipetik kompas.com. pada Rabu.

PLN mendapati adanya masalah dalam pendawaian yang membekalkan elektrik kepada pemanas air itu, di mana arus elektrik mengalir bersama dengan air, yang amat berbahaya.

Rini yang berasal dari Jakarta Barat dan dikenali melalui blog beliau www.rinicesillia.com, ditemui mati sambil memegang pancuran hujan dalam bilik mandinya pada Selasa.

Dia melecur di bahagian dada. - The Jakarta Post/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain