suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berisi Muncul Pertama Kali Di Zoo Florida

-fotoREUTERS
HARIMAU Malaya yang spesisnya semakin terancam telah 'bergusti' dengan ibunya dan meneroka persekitaran baharunya apabila ia dipamerkan kepada orang ramai buat pertama kali di Zoo Lowry Park, Tampa.

Berisi, yang berusia tiga bulan menjadi anak harimau Malaya pertama yang dilahirkan di zoo itu.

Dengan berat kira-kira enam paun (2.7 kg), Berisi telah menghabiskan minggu-minggu awalnya bersama ibunya, Bzui, dalam kurungan khas, menurut zoo di Florida itu dalam satu kenyataan.

Terdapat hanya kira-kira 250 ekor Harimau Malaya yang masih tinggal di habitatnya, apabila haiwan ini semakin terancam akibat pemburuan haram dan kehilangan habitat di Malaysia dan selatan Thailand, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia.

Berisi, Harimau Malaya, zoo Florida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain