suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja Baharu Thai Ampun 150,000 Banduan

BANGKOK: Raja baharu Thailand, Maha Vajiralongkorn dijangka memberi pengampunan atau memendekkan tempoh hukuman penjara kepada kira-kira 150,000 banduan termasuk yang dipenjara mengikut undang-undang menghina raja.

Vajiralongkorn menaiki takhta pada 1 Disember baru-baru ini selepas kemangkatan bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober lepas.

“Ini merupakan peluang pertama sejak baginda menaiki takhta untuk menunjukkan belas kasihan baginda.

"Banduan yang dipenjara kerana menghina monarki dan kesalahan dadah juga layak menerima pengampunan baginda, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Kobkiat Kasivivat yang disiarkan akhbar diraja, Royal Gazette.

Bagaimanapun, seorang pegawai lain di jabatan berkenaan memberitahu, banduan yang disabitkan atas kesalahan membunuh dan merogol terkecuali.

Statistik Jabatan Penjara pada Julai lalu menunjukkan terdapat seramai 321,347 banduan di Thailand. – Reuters



Vajiralongkorn, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahok Menangis

Artikel Lain