suria

Warga Australia Terlibat Kes Penipuan Maut Terjun Dari Tingkat 29 Apartment

JAKARTA: Seorang warga Australia yang terlibat dalam siasatan polis berhubung kes penipuan maut selepas didakwa terjun dari tingkat 29 apartmentnya di SCBD Suites di Jakarta Selatan pada Ahad.

Menurut kompas.com, Jae Won Huh, 38, terjun dari balkoni rumahnya pada pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Kebayoran Baru, Teguh Wibowo membuat andaian tindakan Jae membunuh diri disebabkan masalah hutang.

"Mangsa didakwa membunuh diri kerana masalah hutang berjumlah Rp 160 bilion dalam perniagaan arang batu," kata Teguh pada Ahad.

Menurut Teguh, Jae dilaporkan berhubung kes penipuan yang dikendalikan unit jenayah khas Polis Jakarta. - The Jakarta Post/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain