suria

Doktor Khatan Tercantik Di Dunia Jadi Bualan Netizen

MANILA: Kecantikan seorang doktor wanita di Filipina bukan sahaja mengagumkan ramai netizen apabila melihat gambarnya tersebar dalam laman sosial tetapi kerjayanya sebagai pakar khatan.

Krestle Lailene Deomampo yang berasal dari Davao, Manila itu mula meraih populariti apabila gambarnya tersebar dalam laman sosial Facebook ketika dia sedang menyunat pelajar lelaki di sebuah sekolah di negara itu.

Program berkhatan itu merupakan kerja amal yang dilakukannya di Sekolah Tinggi Kebangsaan San Pedro dekat Laguna.

Malah gambar tersebut yang disebarkan oleh rakannya sendiri, Niquie Delgado turut tertera kapsyen yang menjelaskan Krestle telah menyunat lebih 28 budak lelaki.

Krestle menggunakan kaedah konvensional untuk mengkhatankan pelajar sebuah sekolah di Filipina. - Agensi

Majoriti netizen bersetuju Krestle layak digelar sebagai tukang khatan paling cantik di dunia dan lebih mengagumkan lagi, dia menggunakan kaedah konvensional untuk mempraktikan ilmu perubatannya itu.

Krestle menggunakan kaedah dorsumsisi berbanding kaedah yang lebih moden iaitu penggunaan pancaran laser.

Bagaimanapun usia dan status wanita itu tidak dapat dipastikan sama ada dia sudah berkahwin atau belum.

Khatan, Tercantik

Artikel Berikut

Artikel Lain