suria

Trump Dahului Clinton Dengan 45 Undi Electoral College

Trump selesai membuang undinya.

NEW YORK: Calon Parti Republikan, Donald Trump mendahului pencabarnya, Hillary Clinton dengan 45 undi Electoral College sehingga pukul 10.25 malam waktu tempatan, menurut laporan media.

Clinton memenangi 122 undi Electoral College manakala Trump, 167 undi.

Terdapat 538 undi Electoral College diperuntukkan kepada 50 negeri dan daerah di Columbia.

Kedua-dua calon memerlukan 270 undi untuk menang.

Kira-kira 30 negeri sudah dipanggil setakat ini.

Clinton sudah memenangi 12 negeri manakala Trump 18.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain