suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Jepun Penjilat Kaki Wanita Dicekup

TOKYO: Polis Jepun berjaya menangkap seorang suspek yang didakwa bertindak di luar tabii kerana menjilat dan menggigit kaki seorang wanita selama 30 minit, lapor pihak berkuasa pada Selasa.

Menurut kenyataan polis di bandar Kyoto, kejadian itu berlaku pada Julai lalu apabila suspek, Akira Nishiyama, 56, didakwa memperdayakan mangsa yang berusia 20-an untuk duduk di kerusi pemandu dan berpura-pura meminta pertolongan wanita tersebut menguji sistem brek keretanya.

Nishiyama kemudiannya terus memegang kaki kanan perempuan itu sebelum membuka kasut dan mula menjilat tapak kaki mangsa.

Akhbar tempatan Asahi Shimbun melaporkan, wanita terbabit yang enggan identitinya didedahkan, memaklumkan kepada pihak polis dia tidak mampu menarik kakinya kerana lelaki tersebut memegang erat buku lalinya.

Jelas laporan itu, suspek juga dipercayai menggigit tumit wanita tersebut dan sempat mengucapkan terima kasih ketika melepaskan mangsa kira-kira 30 minit kemudian.

Nishiyama ditahan pada Isnin atas kesalahan melakukan serangan seksual.

Kes yang sama dilaporkan berlaku di kawasan tersebut sejak 2012 dan polis tempatan berusaha memburu suspek yang dinamakan sebagai "penjilat kaki".

Sementara itu, akhbar Sankei Shimbun melaporkan, wanita yang menjadi mangsa kes terbaharu itu berjaya merakamkan perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit.

Mangsa juga mengingati nombor pendaftaran kereta suspek dan melaporkan hal itu kepada pihak polis. - AFP

Kaki Jilat, Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Lain