suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang Dikejutkan Ular Dalam Pesawat

Sumber YouTube.

MEXICO CITY: Penumpang kelas pertama dalam penerbangan Aeromexico baru-baru ini berdepan dengan 'penumpang gelap' iaitu seekor ular, sekaligus menyamai filem aksi mengenai ular dalam pesawat, 'Snakes on a Plane".

Seorang rektor universiti dari Torreon memuat naik sebuah video di Twitter mengenai penumpang yang tidak diundang itu menyusuri keluar dari bahagian atas kabin.

"The flying viper (ular terbang), Ha Ha Ha," katanya secara bergurau.

Kekecohan itu membuatkan pihak berkuasa trafik udara memberi keutamaan kepada pesawat dalam penerbangan domestik dari Torreon ke Mexico City itu untuk mendarat.

Pakar haiwan, Juan Carlos Gomez Juarez berkata, adalah jelas daripada video tersebut menunjukkan bahawa para penumpang tidak dapat menangani kehadiran spesis beracun.

Tiada kecederaan dilaporkan, bagaimanapun beberapa penumpang kecewa dengan keadaan yang berlaku.

"Adalah perkara biasa bagi orang ramai panik apabila mereka melihat ular," kata Gomez Juarez.

Menurut Aeromexico, ia menjalankan siasatan mengenai punca ular tersebut boleh berada di dalam pesawat. - AFP


Artikel Lain