suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanpa Tambang, Lelaki Paut Belakang Bas Di London

Imej rakaman video yang dikongsikan The Lad Bibble menunjukkan seorang lelaki berpaut di belakang bas di London.

IA bukanlah cara yang lebih selamat untuk bersiar-siar di sekitar London. Bagaimanapun, satu rakaman tersebar di media sosial menunjukkan aksi berani seorang lelaki berpaut di belakang sebuah bas yang sedang bergerak di London.

Lelaki itu dilihat berpaut di belakang bas 398, bagi perjalanan dari stesen Ruislip ke Wood End.

Ia dirakamkan oleh salah seorang pengguna kenderaan yang secara kebetulan melalui belakang bas tersebut di Ruislip.

Lelaki berkenaan dilihat berdiri di atas tebing kecil yang memaparkan nombor plat bas dan memegang pengelap cermin belakang.

Video yang dikongsikan oleh The Lad Bibble di Twitter itu mendapat 'retweet' lebih 350 kali.

Ia dikongsikan dengan komen: "Bila anda tidak mampu membayar tambang bas".

Seorang pengguna Twitter kemudiannya memberi komen: "Saya tidak tahu yang mana lebih buruk... adakah tindakan ini atau menggunakan telefon anda untuk merakamkannya semasa memandu?". - Mail Online

Artikel Lain