suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Pemimpin Elit ISIS Diburu

Pasukan keselamatan Iraq menahan beberapa militan ISIS yang cuba melarikan diri dari Mosul baru-baru ini.

LIMA pemimpin elit militan Negara Islam dan Syria (ISIS) telah melarikan diri selepas mencuri wang mencecah jutaan dolar dari tabungan kumpulan pengganas itu.

Kumpulan pembelot itu dikatakan menuju ke Syria dan ISIS kini berusaha gigih menjejak mereka.

Antara lima dalang ISIS itu adalah Bendahari militan berkenaan, Abu al-Bara al-Qahtani yang memiliki taraf kerakyatan Arab dan asing.

Jika berjaya dikesan, mereka akan ditahan dan menjalani hukuman mati, demikian lapor Al Sumaria News.

Tindakan mencuri wang ISIS di Mosul itu berlaku ketika kerajaan Iraq melancarkan serangan untuk menawan semula bandar berkenaan.

Pada Sabtu, pasukan keselamatan Iraq memasuki Pusat Hamam al-Alil di selatan Mosul dan menaikkan bendera negara itu.

Menerusi Al Sumaria juga dilaporkan 32 anggota pejuang ISIS terkorban dan cedera dalam letupan ketika sedang memasang jerangkap samar pada kenderaan di utara bandar Kirkuk.

Sementara itu, serangan udara pula telah memusnahkan tiga kenderaan ISIS yang membawa muatan pelbagai jenis senjata api.

Setakat ini juga, jutaan penduduk masih terperangkap di Mosul dan pihak tentara Iraq berhati-hati melancarkan serangan bagi memastikan pendududnya tidak menjadi mangsa, demikian kata Mejar Jeneral Sami al-Aridi.







ISIS, Ira1, Abu al-Bara al-Qahtani

Artikel Berikut

Trump Cemas Di Nevada

Artikel Lain