Lelaki Jepun Pelihara Aligator Sejak 34 Tahun - Dunia | mStar

Lelaki Jepun Pelihara Aligator Sejak 34 Tahun

Murayabashi bergambar bersama Caiman ketika masih kecil (gambar kanan) dan kini telah memelihara reptilia itu selama 34 tahun. - Ihsan MAIL ONLINE

TOKYO: Kebiasaannya ramai orang akan memilih kucing atau anjing sebagai haiwan peliharaan mereka.

Tetapi lain pula kisahnya dengan seorang lelaki di Jepun yang mengambil laluan berbeza apabila memeliharan seekor aligator seberat 46 kilogram dan sepanjang kira-kira 1.8 meter.

Nobumitsu Murayabashi, 65, juga sering dilihat membawa buaya kesayangannya itu bersiar-siar di Bandar Kure dekat Hiroshima sehingga menjadi perhatian umum.

Murayabashi sering menjadi tumpuan umum ketika membawa haiwan peliharaannya bersiar-siar. - Ihsan MAIL ONLINE

Malah reptilia itu tinggal bebas di dalam rumah Murabayashi bersama isterinya.

Menariknya, aligator tersebut sebenarnya telah dibela sejak 34 tahun lalu oleh Murayabashi yang membelinya di sebuah festival haiwan eksotik.

Dia diberikan kebenaran daripada pihak majlis perbandaran untuk membela haiwan tersebut yang dinamakan sebagai Caiman.

Murayabashi lebih banyak menghabiskan masa bersama Caiman berbanding isterinya sendiri. - Ihsan MAIL ONLINE

"Saya tidak pernah membayangkan aligator ini membesar seperti ini.

"Sudah 34 tahun berlalu sejak saya mula membelinya dan sehingga kini saya masih membersihkan giginya," kata lelaki tersebut seperti dilaporkan Mail Online.

Murayabashi juga mengakui isterinya tidak begitu meminati Caiman.

"Setiap hari isteri saya semakin menyampah. Jadi saya banyak menghabiskan masa bersama Caiman," katanya.


Jepun , Aligator

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Timur Jepun

Lelaki Jepun Penjilat Kaki Wanita Dicekup

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain