Presiden itu yang menganggap dasar negaranya tidak semestinya selari dengan Amerika Syarikat dan nekad memerangi aktiviti dadah berkata, beliau akan melengkapkan lawatan ke Malaysia, salah sebuah negara 'yang penting buat saya.'
Duterte berkata beliau tidak sabar untuk bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekali lagi bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk melawan serangan di sekitar Selat Melaka, yang menjadi kawasan panas lanun yang baharu.
Duterte membayangkan bahawa beliau akan mengambil pendirian tegas dalam menangani kegiatan lanun, sama seperti caranya berurusan dengan kegiatan dadah. - Philippine Daily Inquirer / Asia News Network


