suria

Anggota Parlimen Wanita Britain Pamer Kemahiran Timbang Bola

LONDON: Seorang anggota Parlimen Britain wanita mempamerkan kemahirannya menimbang bola ketika merasmikan majlis pelancaran skim untuk membina lebih banyak padang bola di England.

Tracey Crouch yang merupakan Menteri Sukan dan Olimpik, tidak berdepan masalah besar untuk melakukan beberapa aksi lain walaupun memakai pakaian kasual.

Sesuai dengan porfolio yang dipegangnya, wanita berusia 41 tahun itu sebenarnya memiliki kelayakan sebagai jurulatih dan pengadil selain menguruskan sebuah pasukan bola sepak di kawasan Parlimen Kent.

Aksi menarik yang ditunjukkan Tracey. - AGENSI

Aksi penyokong kelab Tottenham Hotspur itu dirakamkan ketika menghadiri majlis di Sheffield bagi mempromosikan pelaburan bernilai RM200 juta pound (RM1.2 bilion) untuk membina 30 buah kemudahan bola sepak di pekan dan bandar di seluruh England menjelang 2020.

Tracey sebelum ini pernah bertelagah dengan Persatuan Bola Sepak (FA) England berhubung peraturan yang melarang perlawanan campuran antara lelaki dan perempuan bagi usia 14 tahun.

Malah ada pihak cuba menghalang beliau menyertai perlawanan amal antara anggota Parlimen dan wartawan di Manchester pada 2011.

Namun pengadil dan beberapa pegawai lain enggan membenarkan beliau bermain, menyebabkan rakan Tracey, Mark Pritchard yang juga merupakan anggota Parlimen, memakai rambut palsu sebagai tanda protes.

Tracey Crouch, Parlimen Britain

Artikel Lain