suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Tersepit Kaki Pada Pintu Automatik

KANAK-KANAK perempuan berusia empat tahun tersepit kakinya pada pintu automatik di sebuah hotel di China pada 23 Oktober lalu. - MAIL ONLINE

BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan di China mengalami detik-detik mengerikan apabila kakinya tersepit pada pintu automatik di sebuah hotel, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah hotel di Fuyang City dekat wilayah Anhui 23 Oktober lalu, budak berusia empat tahun itu terpaksa diselamatkan oleh sepasukan bomba yang menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki mangsa.

Anggota penyelamat menggunakan peralatan hidraulik bagi membesarkan ruang antara pintu berkenaan sambil kanak-kanak tersebut ditenangkan oleh ibu dan bapanya.

ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan mangsa. - MAIL ONLINE

Operasi menyelamat mengambil tempoh kurang 30 minit sebelum mangsa diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor memaklumkan kanak-kanak itu hanya mengalami kecederaan kecil.

Punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.


Sumber berita: http://www.dailymail.co.uk/news/article-3870280/Heart-stopping-moment-four-year-old-girl-rescued-getting-foot-trapped-revolving-door-China.html

Budak Tersepit, Pintu Automatik

Artikel Lain