Iraq Rangka Serangan Terbesar, Mahu Rampas Semula Mosul - Dunia | mStar

Iraq Rangka Serangan Terbesar, Mahu Rampas Semula Mosul

pic MailOnline

RIBUAN tentera termasuk pasukan payung terjun bersiap sedia di luar Mosul, bandar yang ditawan ISIS bagi merangka serangan untuk menamatkan penguasaan kumpulan pengganas di Iraq.

Pertempuran bagi mendapatkan semula bandar itu dijangka berlaku minggu depan dan ia diramal menjadi operasi ketenteraan Iraq terbesar sejak pendudukan Amerika Syarikat (AS) pada 2003.

Jika berjaya, ia akan memusnahkan penguasaan militan Negara Islam di negara itu.

Setakat ini, kira-kira 30,000 anggota tentera Iraq dijangka terlibat dalam pertempuran yang turut mendapat sokongan pasukan khas AS dan gabungan pesawat tentera negara barat. 

Tentera Iraq berjaya mendapatkan semula bandar Qayyarah pada Ogos dan kini bergerak ke Mosul sebagai persiapan untuk menyerang kumpulan militan.

Komandar kanan tentera Iraq, Mejar General Najim al-Jobori berkata, anggotanya kini telah bersiap sedia dan menunggu arahan perdana menteri untuk melancarkan serangan.

"Rasaya ISIS juga tahu, mereka bakal berkubur di Mosul," katanya.

Terletak di tebing barat Sungai Tigris, Mosul adalah bandar kedua terbesar di Iraq.

Sejak ditawan ISIS pada Jun 2014, penduduknya berdepan pelbagai situasi mencemaskan akibat tindakan militan itu. Kini 600,000 penduduk bandar itu masih bertahan dan meneruskan kehidupan di situ.

ISIS , Iraq , militan , Mosul

Artikel Sebelum

Sarika Badai Filipina, Ragut Dua Nyawa

Artikel Berikut

Larangan Sepenuhnya Samsung Galaxy Note 7

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain