suria

Tanah Runtuh Akibat Taufan Megi Korbankan Enam Nyawa

BEIJING: Kejadian tanah runtuh yang dicetuskan taufan Megi di tenggara China mengakibatkan sekurang-kurangnya enam maut, manakala beberapa lagi masih hilang.

Agensi berita negeri Xinhua melaporkan kedua-dua kejadian tanah runtuh di wilayah Zhejiang itu mengorbankan tiga orang.

Dalam pada itu, lebih 20 penduduk masih hilang sejak lewat Khamis di kampung Sucun, manakala tiga lagi masih hilang selepas tanah runtuh di daerah Wencheng.

Petugas penyelamat masih berada di kedua-dua lokasi untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Taufan Megi membawa hujan lebat dan angin kencang ke bahagian tenggara China dan Taiwan, memusnahkan beratus-ratus kediaman dan memaksa lapangan terbang serta landasan kereta api ditutup. 


Taufan Megi, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain