suria

Lelaki AS Abadi Kenangan Di Eropah Dengan Cara Unik

CALIFORNIA: Lupakan selfie apabila anda mengunjungi tempat menarik di seluruh dunia.

Tetapi anda boleh mencuba cara unik lelaki dari California, Amerika Syarikat (AS), Travis DeRose mengabdikan kenangannya ketika mengunjungi 22 bandar utama di Eropah termasuk Paris, Prague dan Rome.

Menerusi rakaman berdurasi 29 saat, DeRose menunjukkan dia menari secara berundur atau moonwalking sambil diselitkan pemandangan sekitar yang sentiasa berubah mengikut tempat yang dilawatinya.

Lebih menarik lagi, pakaian yang digunakan DeRose juga berubah setiap kali dia berundur setapak ke belakang.

Secara keseluruhannya, DeRose menari di depan 27 mercu tanda di 13 buah negara Eropah termasuk Menara Eiffel di Paris, Masjid Biru di Istanbul, Disneyland Paris dan Tembok Berlin.

Menurutnya, dia mendapat idea tersebut selepas menonton tarian moonwalking yang dipersembahkan legenda pop, Michael Jackson di dalam YouTube.

"Saya mula melakukannya ketika mengunjungi Ireland apabila mengambil gambar di depan sebuah istana.

"Segala rakaman ini direkod dan disunting menggunakan telefon pintar iPhone," katanya.

Moonwalking

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Beradik Cabar Taufan Megi

Artikel Lain