Speaker DPD Indonesia Dipecat - Dunia | mStar

Speaker DPD Indonesia Dipecat

Irman Gusman

JAKARTA: Badan Kehormatan (BK) Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia (DPD) mengambil keputusan memecat Irman Gusman dari jawatan Speaker dewan itu kerana telah ditahan oleh Suruhanjaya Pemberantasan Rasuah (KPK) bagi membantu siasatan satu kes rasuah.

Ketua BK, Andi Mappetahang Fatwa berkata, tindakan memecat Irman adalah kerana beliau melanggar etika dan Tata Tertib DPD RI di bawah Pasal 52 Peraturan DPD yang menyebut mana-mana ketua atau wakil ketua DPD diberhentikan apabila disahkan sebagai suspek bagi sebarang kes jenayah.

Media tempatan memetik Fatwa sebagai berkata bagaimanapun status Irman sebagai anggota dewan itu masih belum ditentukan sehingga wakil rakyat dari Sumatera itu didakwa ke mahkamah kelak.

Katanya, tindakan pemecatan itu diputuskan dalam satu sidang pleno malam kelmarin dan BK juga telah mendapat khidmat nasihat pakar undang-undang sebelum mengambil keputusan itu.

Pada awal pagi Sabtu lepas, Irman ditahan di rumahnya oleh KPK dalam satu operasi khas bagi membantu siasatan kes berkaitan kuota gula import yang diberikan kepada sebuah syarikat di Sumatera Barat.

KPK turut menahan sepasang suami isteri ketika keluar dari rumah Irman dan merampas satu bungkusan yang mengandungi wang Rp100 juta (kira-kira RM30,000) dalam rumah pemimpin politik kanan itu.

DPD adalah sebuah lembaga tertinggi negara dalam sistem ketatanegaraan Indonesia dan anggotanya terdiri daripada perwakilan setiap provinsi yang dipilih melalui pilihan raya. 

Irman, 54, dilantik sebagai Speaker DPD pada 2009 dan merupakan seorang ahli politik yang popular dengan jolokan "Pejuang Daerah". - BERNAMA

Indonesia

Artikel Sebelum

40 Peratus Penduduk Somalia Kebuluran

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain