suria

16 Hilang Atau Maut Dilanda Taufan Meranti

TAUFAN Meranti mengakibatkan seramai 16 maut atau hilang di China, selain turut memusnahkan jambatan bersejarah di bandar bahagian selatan negara itu, menurut kerajaan, Jumaat.

Agensi berita tempatan, Xinhua menjelaskan bahawa taufan paling kuat di dunia ini dan paling teruk melanda wilayah Fujian sejak mula direkodkan pada 1949 telah membunuh seramai tujuh orang pada pagi Jumaat, menurut Kementerian Hal Ehwal Awam dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sembilan lagi telah hilang dan lebih daripada 330,000 penduduk sudah dipindahkan.

Pada awalnya, taufan ini telah melanda hujung selatan Taiwan, membadai Xiamen pada awal Khamis dengan kelajuan angin 170 kilometer sejam, diikuti dengan hujan lebat di wilayah itu, jelas kenyataan tersebut.

Kejadian banjir telah memusnahkan jambatan berusia 871 tahun di daerah Yongchun yang merupakan tapak warisan yang dilindungi.


Selain itu, lebih dari 3.2 juta buah rumah terputus bekalan elektrik dan bekalan air kepada penduduk Xiamen, mengalami gangguan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain