suria

Taiwan Dilanda Taufan Terkuat Di Dunia

-fotoEPA
TAIPEI: Lebih setengah juta kediaman kehilangan kuasa di seluruh Taiwan dan lima orang cedera apabila Taufan Meranti, dipercayai sebagai taufan terkuat di dunia tahun ini, melanda pulau itu.

Biro Cuaca Pusat Taiwan memberi amaran bahawa ribut Kategori 5 mengancam beberapa bandar di bahagian selatan dan timur, termasuk Kaohsiung dan Hualien, dengan tiupan angin kencang, hujan lebat dan banjir.

Meranti, yang mengumpulkan kekuatan apabila tiba di Taiwan, membawa kelajuan angin maksimum 227 kilometer sejam, menurut biro cuaca.


"Taufan ini adalah yang paling kuat di dunia setakat tahun ini," kata jurucakap biro cuaca Hsieh Pei-yun.

Pusat Operasi Kecemasan Pusat Taiwan berkata, lima orang telah cedera, bekalan kuasa terputus akibat pokok tumbang, memutuskan kuasa elektrik di 550,000 isi rumah.

"Kerosakan akibat Meranti akan terus meningkat memandang ribut akan terus melanda pulau ini," kata jurucakap pusat kecemasan Li Wei-sen.

"Kerugian mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi kami akan cuba untuk mengurangkan kemalangan jiwa."

Perlhidmatan kereta api dan perkapalan terganggu, manakala pejabat dan sekolah di Kaohsiung dan bandar-bandar lain ditutup dan hampir 1,500 orang telah dipindahkan.

Kebanyakan penerbangan domestik dibatalkan, termasuk semua dari lapangan terbang Kaohsiung, yang menyaksikan beberapa penerbangan antarabangsa juga terjejas.

Meranti dijangka melanda wilayah-wilayah selatan China Guangdong dan Fujian hari ini, di mana pihak berkuasa telah membatalkan perkhidmatan kereta api dan bersedia untuk memindahkan orang ramai, lapor media.
taufan Meranti, taufan terkuat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain