suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Indonesia Tahan Militan Paling Dikehendaki

JAKARTA: Pasukan keselamatan Indonesia menahan militan paling dikehendaki, Basri yang merupakan pemimpin kanan kumpulan Mujahidin Indonesia Timur (MIT).

Penahanan Basri atau dikenali sebagai Bagong, dibuat di Poso, Sulawesi Tengah pada Rabu kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan.

Jurucakap Polis Indonesia, Jeneral Boy Rafli Amar mengesahkan kejadian itu dan Basri akan dibawah ke Palu di wilayah yang sama untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun beliau berkata, seorang lagi anggota militan terbabit, Andika terbunuh kerana cuba melawan ketika cuba ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavia berkata, militan MIT semakin lemah ekoran penahanan orang kanan kumpulan tersebut.

Pada Julai lalu, ketua MIT yang juga pengganas paling dikehendaki di Indonesia, Santoso terbunuh dalam pertempuran dengan askar dalam satu operasi tentera.

"Saya bersyukur dengan berita penangkapan Basri yang merupakan pemimpin kedua kumpulan MIT selepas Santoso," kata beliau seperti dilaporkan Channel News Asia.

Bagaimanapun beliau berkata, pemburuan pemimpin ketiga kumpulan itu, Ali Kalora masih lagi diteruskan.

Indonesia, Militan, MIT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain