suria

Pegawai Atasan Agensi Antirasuah Simpan RM4.66 Juta

MOSCOW: Serbuan polis di rumah ahli keluarga seorang pegawai atasan agensi antirasuah Rusia baru-baru ini, ternyata menemukan hasil yang mengejutkan selepas wang tunai berjumlah AS$122 juta (RM466 juta) dijumpai disimpan di dalam beberapa kotak.

Susulan serbuan itu, pihak polis tidak menunggu lama untuk menahan suspek, Dmitry Zakharchenko yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Industri Tenaga Pentadbiran Am Keselamatan Ekonomi dan Memerangi Rasuah, atas dakwaan menyalahguna kuasa, menghalang keadilan dilaksanakan dan menerima rasuah.

Dmitry Zakharchenko

Portal berita RT melaporkan, pihak polis percaya wang tersebut hanya sejumlah kecil aset Zakharchenko dan siasatan masih dijalankan untuk membongkar kekayaan sebenar suspek.

Zakharchenko telah dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu lalu atas semua dakwaan tersebut dan hakim mengarahkan suspek ditahan selama dua bulan sehingga 8 November ini bagi membantu siasatan.

Sebahagian wang berjumlah RM4.66 juta yang ditemukan di rumah Dmitry Zakharchenko.

Peguam Zakharchenko, Yury Novikov mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk membenarkan anak guamannya diikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM4 juta).

"Kami meminta mahkamah memberi dua pilihan sama ada tahanan rumah atau ikat jamin," kata peguam itu.

Wang yang ditemukan di rumah adik perempuan Zakharchenko, dipercayai milik syarikat perbankan Rusia, NOTA-Bank yang dibatalkan lesen pada November 2015.

Rasuah, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain