suria

Perenang Tertua Lengkap Cabaran Rentasi Selat Tsugaru

TOKYO: Keberanian seorang lelaki berumur 73 tahun mengharungi arus lautan di Selat Tsugaru, berjaya memecah rekod dunia apabila menjadi perenang tertua melengkapkan cabaran itu pada Rabu.

Perenang terbabit, Toshio Tominaga mengambil masa selama 10 jam untuk meredah laut yang dipenuhi obor-obor dan ombak kuat di kawasan selat yang terletak di utara Jepun itu.

Penyokongnya, Masayuki Moriya berkata, walaupun Selat Tsugaru sejauh 19.5 kilometer sahaja, Tominaga sebenarnya melakukan renangan sepanjang 38 kilometer, melawan arus bergerak ke arah timur.

Jelasnya lagi, penganjur cabaran itu menjangkakan Tominaga akan mengambil masa selama 12 jam dengan jarak renangan sejauh 45 kilometer tetapi arus yang agak lemah berbanding ramalan memberi kelebihan kepada perenang itu untuk menamatkan cabaran dengan lebih awal.

“Pada awalnya, Tominaga kelihatan mudah mengatasi cabaran tersebut tetapi jarak lima kilometer terakhir dia terpaksa bergelut untuk berenang mengharungi arus deras.

"Tominaga sangat letih selepas menamatkan cabaran dan perlu berehat secukupnya," ujar Moriya.

Tominaga ini memulakan cabaran berkenaan pada 5.28 pagi waktu tempatan pada Rabu dan melengkapkan renangan sembilan jam dan 58 minit kemudian.

Menurut World Open Water Swimming Association, perenang jarak jauh kebiasaannya menjadikan Selat Tsugaru yang merupakan satu daripada tujuh cabaran renangan jarak jauh selain Selat Inggeris, Selat Gibraltar dan empat lagi lokasi lain.

Pada tahun 1990, atlet Amerika Syarikat, David Yudovin menjadi perenang pertama yang merentasi Selat Tsugaru yang ketika itu dihuni oleh ikan yu dan obor-obor.

Kemudian pada tahun 2012, wanita Amerika, Pat Gallant-Charatte mendapat gelaran perenang wanita tertua yang merentasi Tsugaru pada umur 61 tahun.

Manakala pada bulan lepas, perenang Jepun, Honoka Hasegawa,18, pula digelar sebah “perenang termuda” melengkapi cabaran yang sama. - AFP

Selat Tsugaru, Perenang Tertua

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain