suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bom Meletup Di Belakang Balai Polis Wilayah Narathiwat

NARATHIWAT: Sebutir bom seberat lima kilogram  meletup di belakang sebuah balai polis di daerah Waeng, wilayah Narathiwat, Jumaat.

Ketua Polis Wilayah  Narathiwat, Mej. Jen Pol. Pattanawut Angkanawin bagaimanapun berkata kejadian pukul 9 pagi itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kematian.

Dalam insiden kedua, katanya, Unit Pemusnah Bom berjaya mematikan bom buatan sendiri seberat 50kg yang dipasang dalam sebuah kereta yang dicuri di daerah itu.

Menurutnya, kereta terbabit dilaporkan dicuri tiga hari lepas sebelum dilengkapi dengan bahan letupan dalam tong gas serta beberapa botol berisi petrol.

"Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan kereta itu dipandu oleh seorang lelaki yang meletakkannya di lokasi itu, sebelum sebuah motosikal mengambil pemandunya," kata beliau kepada pemberita.

Polis menutup beberapa jalan berhampiran sebelum bertindak memusnah bom kereta itu, katanya. Kedua-dua insiden keganasan itu berlaku pada hari yang sama perunding daripada kerajaan Thailand dan MARA Patani mengadakan rundingan damai di KualaLumpur. -Bernama

Bom Meletup, Wilayah Narathiwat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain