suria

Zika: AS, Australia Keluar Amaran Perjalanan Ke Singapura

SINGAPURA: Selepas 82 kes virus Zika disahkan dikesan di Singapura sehingga Selasa, Amerika Syarikat (AS) menyertai negara-negara lain mengeluarkan amaran kepada wanita hamil supaya mengelakkan perjalanan ke bandar raya itu.

Virus Zika bawaan nyamuk menyebabkan kebimbangan dunia hingga menimbulkan risiko khusus kepada wanita hamil kerana ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran yang teruk kepada bayi.

Selain AS, negara lain yang turut mengeluarkan amaran perjalanan ke Singapura ialah Australia, Taiwan dan Korea Selatan.

Singapura telah menasihatkan wanita hamil untuk menjalani ujian Zika percuma jika menunjukkan sebarang tanda-tanda atau jika pasangan mereka didapati positif.

"Ini tidak kira sama ada mereka telah ke kawasan yang terjejas dengan Zika atu tidak," kata pegawai kesihatan dalam satu kenyataan.

Virus Zika

Artikel Lain