suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelemahan Skrin Sentuh iPhone 6, Pengguna Saman Apple

APPLE Inc disaman oleh pemilik telefon pintar iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang mendakwa kelemahan reka bentuk menyebabkan skrin sentuh telefon itu menjadi tidak responsif sekali gus tidak boleh digunakan.

Mengikut saman yang difailkan pada Sabtu, Apple telah lama mengetahui kelemahan itu yang sering berlaku tetapi enggan memperbaikinya.

Plaintif mengaitkan masalah itu dengan keputusan Apple untuk tidak menggunakan pelindung logam atau underfill bagi melindungi bahagian yang berkaitan seperti yang digunakan pada versi iPhone 5.

"iPhone tidak sesuai untuk tujuan penggunaan sebagai telefon pintar kerana kelemahan skrin sentuh itu," menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan di San Jose, California.

Todd Cleary dari California, Jun Bai (Delaware) dan Thomas Davidson (Pennsylvania) merupakan plaintif yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah yang mendakwa Apple atas pertuduhan penipuan dan melanggar undang-undang perlindungan pengguna.

Mereka menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan.

Apple bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas segera mengenai perkara itu.

Masalah skrin sentuh iPhone 6 dimaklumkan secara dalam talian oleh iFixit pada minggu lalu.

iPhone 6, iPhone 6 Plus, saman, Apple Inc

Artikel Lain