suria

Rampasan Kuasa: Mahkamah Arah Tangkap Hakan Sukur

PIHAK berkuasa Turki telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas bintang bola sepak negara berkenaan, Hakan Sukur kerana didakwa sebagai antara perancang rampasan kuasa yang berlaku bulan lalu.

Sukur dikehendaki kerana dituduh bersubahat dengan Ulama Turki yang tinggal di Amerika Syarikat,  Fethullah Gulen.

Agensi berita Thestate-run Anadolu melaporkan, waran tangkap dikeluarkan terhadap Sukur dengan mendakwa dia adalah ahli kepada ahli kumpulan pengganas bersenjata.

Sukur merupakan pemain bola sepak paling berjaya dari Turki dengan rekod pernah mewakili Inter Milan, Galatasaray, Blackburn Rovers, Torino dan Panama.

Dia juga berjaya menghasilkan 51 gol daripada 112 penampilan sepanjang mewakili Turki.

Bapanya, Selmet Sukur telah ditahan  pada Jumaat selepas beberapa jam waran tangkap tersebut dikeluarkan.

Mahkamah turut mengarahkan supaya harta kedua-dua beranak berkenaan dibekukan.

Dalam rampasan kuasa pada 15 Julai lalu, seramai 270 orang terbunuh manakala 35,000 lagi termasuk tentera ditahan.

Seramai 10,000 kakitangan kerajaan turut dibuang kerja serta-merta kerana didakwa bersubahat.

Turki

Artikel Lain