suria

Ada 'Penipuan' Jika Clinton Menang Di Pennsylvania - Trump

Donald Trump ketika berucap di perhimpunan di Altoona, Pennsylvania, Jumaat. -fotoAP
DONALD Trump pada Jumaat mengisytiharkan bahawa hanya terdapat satu cara yang boleh menyebabkan beliau kalah di Pennsylvania iaitu 'penipuan'.

"Kita akan lihat di Pennsylvania. Turun ke kawasan tertentu, lihat dan kaji serta pastikan orang lain tidak datang dan mengundi sebanyak lima kali," katanya dalam satu perhimpunan di Altoona, Pennsylvania, memetik laporan CNN politics.


"Jika ia dilakukan, kita tidak akan kalah. Satu-satunya cara yang akan membuatkan kita kalah, pada pendapat saya...Pennsylvania, saya benar-benar maksudkannya adalah jika adanya penipuan."

Trump berkata, pemimpin Republikan di negeri ini 'amat bimbang' mengenai kemungkinan berlakunya penipuan sambil menambah 'kita perlu menggesa penguatkuasaan undang-undang dan sheriff, ketua-ketua polis serta orang ramai perlu memerhatikannya."


Kajian Quinnipiac pada Selasa menunjukkan bahawa Hillary Clinton sedang mendahului dalam pemilihan di Pennsylvania dengan kemungkinan Clinton mendapat 52 peratus undi berbanding Trump, 42 peratus.

Tetapi kedua-dua calon memberikan tumpuan kepada sumber-sumber yang menjadi kepentingan kepada negeri ini, yang mempunyai asas terhadap pengundi kelas berkerja, di mana Trump berharap kempennya mampu memihak kepadanya.

Artikel Lain