suria

SRK Bengang, Ditahan Imigresen AS Lagi

NEW DELHI: Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang ditahan pihak imigresen di lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) untuk kali ketiga menyuarakan kemarahannya apabila menggambarkan insiden itu sebagai sesuatu yang "sangat, sangat teruk".

Aktor berusia 50 tahun itu pernah ditahan pihak berkuasa di New York pada 2012 hingga menimbulkan kemarahan di kalangan peminatnya yang mendakwa ia amalan perkauman di AS hingga mendorong Washington memohon maaf.

"Saya faham dan menghormati kawalan keselamatan negara itu terutama dengan situasi dunia masa kini, tetapi untuk ditahan imigresen AS lagi adalah sesuatu yang sangat, sangat teruk," katanya menerusi Twitternya selepas kejadian di lapangan terbang Los Angeles pada Jumaat.

"Apa yang menarik, semasa menunggu tindakan lanjut beberapa Pokemon telah dapat ditangkap."

Sebaik berita penahanannya tersebar, Penolong Setiausaha Negara AS, Nisha Biswal serta merta menyampaikan rasa kecewa.

"Maaf di atas kekecohan di lapangan terbang, @iamsrk-sedangkan diplomat Amerika juga perlu melalui pemeriksaan tambahan!" tweet Biswal.

Sebelum ini, Washington menafikan dakwaan Shah Rukh ditahan kerana namanya yang mengesahkan beliau seorang Islam.

Individu dengan nama sama dilaporkan termasuk dalam senarai 80,000 tidak dibenarkan masuk ke negara itu.

Selepas insiden 2012, Shah Rukh dalam ucapannya di Universiti Yale secara berseloroh memberitahu beliau sudah biasa dengan situasi sedemikian.

Pada 2009, aktor Dilwale itu ditahan lebih dua jam di lapangan terbang Newark. - AFP

Aktor berusia 50 tahun itu pernah ditahan pihak berkuasa di New York pada 2012 hingga menimbulkan kemarahan di kalangan peminatnya yang mendakwa amalan perkauman di AS hingga mendorong Washington memohon maaf.

"Saya faham dan menghormati kawalan keselamatan negara itu terutama dengan situasi dunia masa kini, tetapi untuk ditahan imigresen AS lagi adalah sesuatu yang sangat, sangat teruk," katanya menerusi Twitternya selepas kejadian di lapangan terbang Los Angeles pada Jumaat.

"Apa yang menarik, semasa menunggu tindakan lanjut beberapa Pokemon telah dapat ditangkap."

Sebaik berita penahanannya tersebar, Penolong Setiausaha Negara AS, Nisha Biswal serta merta menyampaikan rasa kecewa.

"Maaf di atas kekecohan di lapangan terbang, @iamsrk-sedangkan diplomat Amerika juga perlu melalui pemeriksaan tambahan!" tweet Biswal.

Sebelum ini, Washington menafikan dakwaan Shah Rukh ditahan kerana namanya yang mengesahkan beliau seorang Islam.

Individu dengan nama sama dilaporkan termasuk dalam senarai 80,000 tidak dibenarkan masuk ke negara itu.

Selepas insiden 2012, Shah Rukh dalam ucapannya di Universiti Yale secara berseloroh memberitahu beliau sudah biasa dengan situasi sedemikian.

Pada 2009, aktor Dilwale itu ditahan lebih dua jam di lapangan terbang Newark. - AFP

Shah Rukh Khan, Newark, imigresen

Artikel Lain