suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura Sita Aset RM717 Juta Dalam Siasatan Berkaitan 1MDB

SINGAPURA: Pihak berkuasa merampas aset bernilai S$240 juta (RM717.45 juta) dalam siasatan membabitkan aliran dana 1MDB yang berkemungkinan terlibat dalam pengubahan wang haram.

Siasatan menjumpai wujudnya "kekurangan" di beberapa bank-bank utama di sini.

"Aliran dana disiasat termasuk mereka yang berkaitan dengan Good Star Limited (Seychelles), Aabar Investments PJS Limited (BVI), Aabar Investments PJS Limited (Seychelles) dan Tanore Finance Corp. (BVI)," kata satu kenyataan bersama oleh pihak berkuasa kewangan Singapura, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Hal Ehwal Komersial.

Kenyataan itu dibuat berikutan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh pendakwa raya Amerika Syarikat untuk merampas lebih AS$1 juta (RM4.05 juta) yang didakwa terikat kepada wang yang dicuri daripada dana pembangunan Malaysia.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berkata ia telah menyelesaikan pemeriksaannya DBS, Standard Chartered dan UBS, dengan penemuan awal menunjukkan contoh "kegagalan kawalan" dalam ketiga-tiga bank-bank dan "kelemahan dalam proses untuk menerima pelanggan dan memantau urus niaga.

"Bagaimanapun, pemeriksaan tidak mendedahkan dengan meluas kelemahan kawalan atau salah laku kakitangan dalam bank-bank ini, tidak seperti dalam kes BSI Bank," kata kenyataan itu.

1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain