suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Indonesia Larang Pokemon Go Di Istana Presiden

JAKARTA: Indonesia melarang permainan 'Pokemon Go' dari kawasan Istana Presiden, menurut laporan media tempatan.

Mereka memetik kenyataan Kepala Biro Pers, Media dan Informasi Istana Bey Machmuddin yang menjelaskan larangan itu dikuatkuasakan lebih kepada soal disiplin berbanding sebab keselamatan.

Amaran yang menyatakan 'Bermain atau memburu Pokemon dilarang di kawasan istana' diletakkan sekitar kompleks istana di sini sejak semalam.

"Alasannya sangat mudah, ini adalah istana presiden, bukannya padang permainan," katanya.

Terdahulu, polis diharamkan daripada bermain permainan itu semasa sedang bertugas, dan media tempatan melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu memberi amaran permainan itu mungkin digunakan oleh negara asing untuk mengesan maklumat sensitif.

'Pokemon Go', yang menggunakan aplikasi Google Maps dan telefon pintar untuk menangkap makhluk Pokemon di dunia nyata, belum dilancarkan secara rasmi di Indonesia, bagaimanapun permainan itu telahpun popular di sini.

Isnin lepas, polis Indonesia menahan seorang lelaki warga Perancis selepas dia menceroboh sebuah pangkalan tentera di Jawa Barat semasa bermain Pokemon Go.

Stesen televisyen tempatan juga melaporkan beberapa kes kemalangan jalan raya akibat daripada permainan itu.

Pokemon Go, Pokemon

Artikel Lain