suria

Mali Lanjutkan Tempoh Darurat Selama 10 Hari

BAMAKO: Mali melanjutkan tempoh darurat selama 10 hari pada Rabu berikutan beberapa siri serangan oleh kumpulan bersenjata yang membunuh puluhan orang di negara padang pasir tersebut.

Majlis Menteri-menteri juga mengisytiharkan hari berkabung selama tiga hari bagi memperingati 17 askar yang turut terbunuh dalam serangan suspek militan IS ke atas sebuah pangkalan tentera pada Selasa.

Dalam kejadian berkenaan, suspek militan IS yang menaiki enam kenderaan pacuan empat roda telah melepaskan tembakan ke arah kenderaan peronda tentera Mali di Mboukari, rantau Timbuktu.

Menerusi serangan berasingan di kampung Gatiloumou yang berada di tengah-tengah kawasan Mali Mopti, militan IS tersebut menyerang dan membakar dewan, demikian menurut dua sumber tentera.

Sebelum ini Mali mengisytiharkan darurat pada November tahun lalu dan ia telah dilanjutkan sehingga April selama tiga bulan.

"Negara di isytiharkan darurat berikutan ancaman pengganas berterusan kerana terbukti dengan serangan terhadap angkatan tentera dan keselamatan Mali baru-baru ini," kata Majlis Menteri-menteri dalam kenyataan.

Keselamatan negara Mali terancam selepas militan IS menyerang pemberontak etnik Tuareg sejak tiga tahun lalu sebelum campur tangan tentera Perancis pada 2013.

Walaupun 11,000 pasukan pengaman Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditempatkan sejak campur tangan Perancis, militan IS masih melancarkan serangan di seluruh Mali dan negara-negara jiran.

Serangan tersebut termasuklah serangan berprofil tinggi di sebuah hotel di ibu negara pada November lalu yang mengorbankan 20 mangsa.

Menurut laporan dua sumber tentera, d
mali, darurat, IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain