suria

Erdogan Isytihar Darurat Tiga Bulan Di Turki

ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Rabu mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di Turki untuk memburu mereka yang dianggap berada di belakang cubaan rampasan kuasa.

Keadaan darurat diperlukan "dalam usaha untuk menghapuskan dengan pantas semua unsur-unsur pengganas yang terlibat dalam percubaan rampasan kuasa," katanya di istana presiden di Ankara.

Turki menuduh kumpulan ulama yang berpangkalan di Amerika, Fethullah Gulen berada di belakang cubaan rampasan kuasa dan bertindak sebagai kumpulan pengganas.

Gulen bagaimanapun sekeras-kerasnya menafikan tuduhan itu.

"Keputusan telah dibuat untuk mengisytiharkan darurat untuk tempoh tiga bulan," kata Erdogan pada sidang media.

Beliau berkata, keadaan darurat adalah langkah "terhadap ancaman keganasan yang dihadapi oleh negara kita."

Pengisytiharan itu dibuat selepas mesyuarat majlis keselamatan negara Turki dan kabinet yang dipengerusikan oleh Erdogan di istana presiden yang berlangsung selama lima jam. AFP

Turki, Recep Tayyip Erdogan

Artikel Sebelum

Artikel Lain