suria

Fethullah Gulen Nafi Jadi Dalang Rampasan Kuasa Di Turki

Erdogan (kiri) dan Fethullah Gulen.

NEW YORK: Ulama Turki, Fethullah Gulen yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) menafikan tuduhan menjadi dalang di sebalik rampasan kuasa di Turki serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera berkenaan.

"Sebagai seorang yang menderita di bawah pelbagai rampasan kuasa tentera dalam tempoh lima dekad yang lalu, ia menjadi penghinaan apabila dituduh mempunyai hubungan dengan sebarang ancaman.

"Saya mengutuk sekras-kerasnya, rampasan kuasa tentera di Turki.

"Kerajaan perlu dimenangi melalui proses pilihan raya yang bebas dan adil, tidak memaksa.

"Saya berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan Turki, rakyat Turki dan semua yang berada di Turki," jelas Gulen dalam satu kenyataan ringkas.

President Recep Tayyip Erdogan sebelum ini menuduh bekas sekutunya iaitu Gulen yang tinggal di bandar kecil di Pennsylvania (AS) sebagai dalang.

Gulen, 75, merupakan rakan baik Erdogan sebelum hubungan mereka retak apabila presiden berkenaan curiga terhadap gerakan Hizmet yang diasaskannya. -AFP


Turki, Rampasan Kuasa

Artikel Sebelum

Artikel Lain