suria

Penyokong IS Rai Serangan Di Media Sosial

-fotoAFP
KAHERAH: Penyokong kumpulan militan Negara Islam (IS) menjadikan media sosial sebagai tempat mereka meraikan serangan trak di Perancis yang telah mengorbankan 73 orang dan ratusan yang lain cedera.

"Jumlah mereka yang terbunuh telah mencecah 62 orang tentera salib Perancis dan orang-orang kafir berdosa di Nice, Perancis ... Tuhan Maha Besar, Tuhan Maha Besar," menurut satu tweet.

Seorang penyerang telah mengorbankan 73 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain apabila dia memandu sebuah trak pada kelajuan tinggi ke arah orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan bunga api Hari Bastille di bandar French Riviera di Nice lewat hari Khamis.

Polis telah menembak mati pemandu terbabit, yang memandu pada kelajuan tinggi pada jarak lebih 100 meter di sepanjang kawasan pinggir laut terkenal, Promenade des Anglais sebelum merempuh kumpulan penonton, kata sub-pengawas serantau, Sebastien Humbert kepada radio France Info.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain