suria

Insiden Dallas: Lima Polis Maut, Tiga Ditahan

DALLAS: Polis Dallas berada dalam kebuntuan apabila penembak tepat membunuh lima pegawai dan mencederakan enam yang lain ketika protes terhadap pembunuhan dua lelaki kulit hitam oleh polis minggu ini.

Sehingga kini polis telah menahan tiga individu selepas kejadian serangan hendap yang berlaku pada malam Khamis.

Polis menyifatkan serangan itu dilaksanakan dan dirancang dengan teliti serta yang terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Pegawai Rumah Putih telah bercakap dengan Datuk Bandar Dallas, Mike Rawlings mengenai kejadian tembak-menembak di salah satu daripada bandar terbesar di Amerika Syarikat yang kini bertukar menjadi lokasi jenayah.

Presiden Barack Obama yang melawat Poland telah diberi penerangan mengenai insiden berkenaan, kata seorang jurucakap.

Ketua Polis Dallas, David Brown berkata, penembak yang berada di kedudukan yang tinggi menggunakan senapang untuk menembak anggota polis dalam serangan yang diselaraskan.

"Mereka menggunakan senapang dan berada pada kedudukan yang tinggi di tempat yang berlainan di kawasan pusat bandar di mana perarakan itu diadakan," kata Brown pada sidang media sambil menambah seorang orang awam turut cedera.

"Ia merupakan satu malam yang amat buruk. Kami sedih untuk memaklumkan bahawa seorang lagi pegawai iaitu yang kelima telah meninggal dunia," kata polis Dallas di Twitter.

Dallas

Artikel Lain